KEPALA
Cerita ini
agak seram juga yang mana ia telah berlaku dekad abad yang lampau di
mana di dalam sebuah kampung yang begitu aman dan tinggal seorang hamba
yang bernama Samad (nama samaran) telah jatuh sakit dengan tiba-tiba.
Samad adalah seorang nelayan yang setiap pagi selepas menunaikan solat
subuh dia akan turun ke laut untuk mencari rezeki. Pada suatu hari
ketika dia sedang membetulkan jaringnya datang sekumpulan samseng yang
mengugut Samad supaya membayar pampasan cukai yang telah sekian lama
tidak dijelaskan memandangkan rezeki yang diperolehi oleh Samad hanya
cukup makan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak dapat menjelaskan
cukai tersebut.
Samseng
tersebut telah mengkasari Samad dengan menolaknya, tetapi Samad yang
ketika itu panas baran juga telah melawan dengan menumbuk samseng
tersebut yang menyebabkan dia terjatuh. Anggota samseng yang lain telah
memegang Samad tetapi ketuanya telah mengarahkan melepaskannya dan
beliau sendiri yang ingin bergaduh dengan Samad. Perkelahian telah
tercetus antara mereka berdua yang telah menyebelahi Samad. Ketua
samseng itu masih tidak puas hati dengan Samad dengan memberi amaran
bahawa dia akan kembali lagi selepas ini. Samad pun menyambung semula
kerjanya sehingga waktu solat Asar.
Pada waktu
senja Samad telah bersiap untuk ke surau yang tidak berapa jauh dari
rumahnya untuk menunaikan fardu Maghrib dan pulang ke rumah selepas
waktu Isyak. Dalam perjalanan Samad merasakan sesuatu mengekorinya dari
belakang. Ditolehnya, tapi tidak nampak apa-apa. Dia pun meneruskan
perjalanan pulang sehingga masuk ke rumah. Selepas satu jam kemudian
tiba dibelakang rumah Samad kedengaran orang menjerit, Samad dengan
bergegas turun kebawah untuk melihat apa yang berlaku tanpa merasa takut
atau sebagainya.
Dengan
berbekalkan lampu pelita Samad menjenguk ke belakang rumahnya dan dengan
tiba-tiba samseng-samseng pagi tadi menyerangnya dari belakang. Samad
terjatuh dan perkelahian telah berlaku tetapi kali ini mereka membawa
senjata bersama mereka. Samad telah dibunuh dengan kejamnya oleh mereka
yang mana anggota badan Samad telah dipotong-potong dan hanya
meninggalkan kepala Samad sahaja. Mayat Samad telah dicampakkan ke
dalam sungai.
Setelah
beberapa hari selepas kejadian, rakan-rakan Samad yang juga nelayan dan
para jemaah surau merasa hairan kerana tidak melihat Samad turun ke laut
dan ke surau beberapa hari dan mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas
Samad samada sakit atau sebagainya. Mereka pun bercadang untuk
menjenguk Samad di rumah dan setiba di rumah Samad mereka dapati pintu
rumah Samad terbuka luas tetapi tidak ada orang menjawab salam. Mereka
masuk dan memeriksa rumah Samad tetapi tidak menemui apa-apa. Mereka
semua mengesyaki sesuatu telah berlaku dan salah seorang dari mereka
telah nampak perkelahian Samad tempoh hari dengan samseng. Sejurus itu
mereka bergegas mencari Samad disekeliling rumah dan dengan tiba-tiba
salah seorang dari mereka menjerit apabila mendapati dicelah-celah pokok
pisang ada kepala Samad yang telah pun dipenuhi ulat dan semut. Mereka
terus melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Kampung, yang mana
ketua kampung bergegas ke tempat kejadian. Mereka mengesyaki apa yang
telah terjadi adalah angkara samseng tetapi masih belum mendapat bukti
yang kukuh.
Mereka
menyempurnakan bahagian badan Samad untuk disemadikan. Roh samad tidak
aman yang mana sejak kejadian mengerikan di kampung tersebut semua orang
takut hendak pergi ke kawasan rumah Samad kerana roh Samad tidak
tenteram dan pada suatu malam orang budak telah melihat kepala Samad
terbang dari arah tanah perkuburan.
Budak itu
bertempiaran lari ketakutan memberitahu orang yang sedang duduk
bersembang di kedai kopi berdekatan tetapi tidak diendahkan. Roh Samad
hendak membalas dendam ke atas samseng-samseng tersebut. Sejak
tersebarnya cerita budak itu semua orang ada merasa takut tetapi masih
tidak percaya dan pada suatu malam orang yang sedang sibuk bermain judi
di sebuah pondok bertempiaran lari apabila tiba-tiba muncul kepala Samad
dihadapan mereka. Tujuan roh tersebut ialah untuk memberitahu bahawa
beliau telah dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng tersebut. Tetapi
semua orang takut dan cabut lari. Cerita kepala Samad berterbangan
tersebar luas dan pada suatu malam tok imam sedang memberi ceramah di
surau dan tiba-tiba salah seorang jemaah menjerit pada tok imam. Tok
imam terkejut dan bertanya kenapa!!!!!! tetapi jemaah tersebut tidak
dapat berkata apa-apa dan tok imam segera menoleh ke belakang dan
terkejut melihat kepala Samad di belakangnya. Tetapi tok imam yang kuat
imannya segera membacakan surah dari mulutnya lantas berkata terus
kepada Samad tujuan dia mengganggu penduduk kampung. Kebetulan juga
masa itu ketua kampung juga ada dan semua jemaah ada yang pengsan dan
ada yang masih tergamam melihat kepala Samad.
Samad
memberitahu Tok imam bahawa beliau telah dibunuh dengan kejam oleh
samseng-samseng itu dan dan menyuruh tok imam dan ketua kampung
mengambil tindakan ke atas mereka. Tok imam, ketua kampung dan jemaah
lain yang masih dalam ketakutan bergegas memanggil orang kampung lain
untuk pergi ke tempat samseng-samseng itu selalu melepak. Ketua kampung
memanggil ketua samseng tersebut dan dengan megahnya dia keluar dengan
mengatakan apa yang dimahukan oleh ketua kampung. Ketua kampung dengan
nada marah menyoal adakah mereka membunuh Samad dan dengan tegas ketua
samseng menidakkannya. Setelah beberapa kali ditanya lalu ketua kampung
mengarahkan orang kampung memegang ketua samseng tersebut dan
kuncu-kuncunya.
Tiba-tiba
kepala Samad muncul di hadapan ketua samseng dan beliau dan orang
kampung terkejut dan menjerit ketakutan. Setelah Samad sendiri yang
menanyakan soalan itu kepada ketua samseng barulah beliau memberitahu
hal yang sebenarnya dan tanpa teragak-agak lagi ketua kampung pun
mengambil tindakan ke atas samseng-samseng tersebut.
Semenjak hari itu barulah roh Samad aman dan keadaan kampung tersebut pulih seperti sediakala.
BATU PUAKA
Assalamualaikum. Ini ada satu cerita yang mesti aku paparkan iaitu Batu Berpuaka.
Pada
suatu hari, ayah aku membuat perancangan untuk pergi ke Pulau Langkawi
memandangkan cuti sekolah sudah bermula. [cerita ini berlaku pada
Mei1995] Ayah aku pun mengajak emak bapak dia pergi sama. Kami pun
sampai bla...bla...
Hari 4 kami bercadang untuk ke Telaga Tujoh.
Ketika kami sampai di sana, kami kena panjat/daki bukit [entah ler aku
pun tak tahu]. Sampai di pertengahan jalan, datuk ku pening dan apabila
pandang belakang jauh sangat dan minta turun balik. Kami ambil keputusan
untuk berehat sebentar. Ketika sedang berehat kami ternampak batu
cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak
aku tak tau].
Kami ambil lebih kurang 11 batu itu untuk dibuat
alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari dan ayah mahu
pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu di dalam almari
berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu.
Dia menebas pokok pisang di belakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil
'Bakar,Bakar' (bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak
tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa'
begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah
terkejutnya apabila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil
melambai-lambai tangan ke arahnya dengan bauan yang amat wangi serta
terapung-apung di udara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit
[seperti histeria tapi tak lah sangat].
Dia mengamuk da dia
menyuruh aku dan nenek pergi tengok di luar. Alangkah terkejutnya aku
seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian
nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang
nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu
bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu dan nenek
mengambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni
memang pantang jumpa makhluk ghaib kerana dia mempunyai ilmu kekuatan.
Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can'
kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu hendak
membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena.Dia tidak sedar
bahawa aku ada di belakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran
bintang-bintang turun ke tanah. Keluarga aku hanya mampu menengok
melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga,
aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga
turun membawa parang, kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke belakang
dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri
dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendepangkan
tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku
teringkat akan batu itu lalu aku ambil dan berikan pada datuk. Datuk
segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu
keluar menjadi puteri kembali dan kemudian mengundur ke belakang.
Tiba-tiba
seorang daripada mereka berkata "Kami akan kembali" Datuk membaling batu
tersebut lalu mengenai mereka dan selepas itu mereka ghaib.
Keesokannya
kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun
berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi
meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka
dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan
mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa.
Sekarang
batu itu masih dalam tangan datuk ku dan keluarga ku. Kita akan
saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun
selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang
lain pula.
GUNUNG STONG
Kisah ini
berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspedisi Rakan
Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri
Kelantan.
Kami sampai ke tapak perkhemahan jam 8:00 malam.
Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada
yang mandi di bilik air yang disediakan, dan ada yang mandi di sungai
yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada
sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke
sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam,
masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk
berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita
sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku
terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan
sekhemah ku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak
nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala
mengerikan.
Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk
bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan,
maklumlah semalam kami menaiki bas untuk ke kawasan ini selama lebih
lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap
untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta
tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah
puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai
halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar.
Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan
perjalanan.
Kami sampai di pertengahan gunung lewat petang dan
bersiap untuk bermalam di situ selepas turun dari puncak gunung nanti.
Waktu itu ada di antara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan
mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka
hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan
perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin
sejuk. Akhirnya kami tiba di puncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat
bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik
aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.
Dalam
perjalanan turun, aku adalah di antara yang akhir. Hari semakin gelap.
Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang
bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada di antara
peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul di
atas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari
peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil
berpegangan tangan. Ada di antara kami yang sudah terlalu lemah dan
jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali.
Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan
kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah
melalui satu kawasan yang sama di mana terdapat pokok yang besar-besar
entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak
berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki ke puncak tadi. Kami
menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah
seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi
masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat di
dalam hutan.
Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan
pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi
salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut
mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan
kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk ke satu
arah. Masing-masing melihat ke arah yang di tunjukkan. Kumpulan pemuda
tadi hilang entah ke mana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan
perjalanan ke arah yang di tunjukkan dan tidak lama kemudian kami
ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami.
Sampai sahaja di khemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan.
Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang
berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka
menuju arah ke puncak sedangkan di sana tidak terdapat sebarang
perkampungan pun.
Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah
untuk tidur. Di luar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau
kerana khemah kami didirikan di atas tanah yang tidak berapa rata. Takut
nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.
Keesokkan
harinya, kami berkhemas untuk turun ke tapak perkhemahan kami sebelum
ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman
masing-masing. Di samping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan
licin. Ada juga di antara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang
menggelikan hati, ada yang terjatuh ke dalam lopak air yang agak dalam
gagal untuk naik semula walaupun di tolong oleh beberapa orang.
Kami
sampai di satu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Di situ
masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan.
Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua
kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun.
Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu
yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan
itu. Aku segera naik ke darat dan mengambil barang-barang aku. Aku
mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk
halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk
merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa di situ. Walaupun
takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan
berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua
kumpulan, peserta yang di rasuk serta beberapa orang trecker yang
bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih
tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.
Kami sampai
ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi
kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang di
rasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum
masuk ke kawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu
lalu dihembus ke peserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus di
sambut dan di papah kekawasan khemah. Dia dibaringkan di tengah-tengah
padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak
dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang
merasuknya masih berada di kawasan itu bersama dengan kawan-kawannya.
Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh
pada arahan abang Baha.
Selepas makan malam, semua mengerumuni
abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk
halus yang tinggal di kawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan
kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bau
setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp,
mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya
diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang
Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong
mambawa peserta itu turun sehingga ke kawasan khemah. Jika tidak mereka
menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang
lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan
disitu.
Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan.
Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang
menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti
berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku
beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku
masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan
hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.
Dalam
perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada
setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan
ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun
dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia
beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta
ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku
alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang
lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang
kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna.
Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku
ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya.
Sekian.
BELUM
Salam sejahtera kepada semua.... Aku
sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kalian. Sebenarnya,
ini adalah sebuah kisah yang berlaku pada ku di salah sebuah institusi
pengajian tinggi di Perak. Aku ingin menegaskan bahawa kisah ini
bukanlah satu rekaan tetapi realiti pahit yang tidak dapat aku
lupakan....
Begini kisahnya.... Malam itu, cuaca seperti tidak
mengizinkan hari esok menjelma. Awan pekat pada malam itu seolah-olah
memberi amaran bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku... tetapi
keadaan malam itu tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk
mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir hanya tinggal
beberapa minggu sahaja.... jadi, cuaca pada malam itu bukanlah sesuatu
yang membimbangkan kami... aku, Halim dan Ikram (bukan nama sebenar)
terus mengulangkaji pelajaran yang baru diajarkan pagi tadi. Belum
sampai sejam, Halim mengadu matanya mengantuk.. aku hanya tersenyum,
sudah faham akan tabiatnya... senang sekali mengantuk terutamanya bila
study.... aku meneruskan pembacaanku bersama Ikram... tepat jam 12.45
tengah malam, Ikram pula mengantuk.... aku hanya melihat langkah
longlainya menuju ke katil... sebelum sampai ke katil, sempat juga dia
merungut "gelap jugak malam ni.... macam ade apa-apa je..." aku hanya
tersenyum pahit kerana di dalam hatiku, aku juga sependapat dengannya...
Jam 1.30 pagi, aku menuju ke katil... mataku sudah tidak dapat
bertahan lagi.... lalu aku pun terus menghempaskan kepalaku ke
bantal.... kesejukan malam itu ternyata memberi kesan kepadaku...
kawasan asrama ku yang jauh dari kawasan petempatan membuatkan fikiranku
kusut.... aku tidak mempedulikannya lalu cuba melelapkan mataku...
belum pun sampai 10 minit, tidur ku diganggu oleh sesuatu.... "sham,
tolong temankan aku ke tandas, aku nak terkencing la..." Ikram menarik
tanganku... aku mengeluh... memang tidak dapat dinafikan suasana asrama
kami cukup menyeramkan terutama pada waktu malam... tambahan pula,
kejadian-kejadian yang memang tidak dapat dilupakan pernah terjadi
beberapa kali sebelum ini... tidak hairanlah jika Ikram tidak berani ke
tandas keseorangan... tambahan pula, tandas terletak agak jauh dari
bilik kami.... aku menurut.... sampai di pintu tandas, Ikram pun masuk
ke dalam... aku hanya menantinya di luar.... "jangan lama-lama tau..."
pesanku.... kurang satu minit aku menunggu, debaran di dadaku tiba-tiba
meningkat... hati ku tiba-tiba runsing... bulu romaku tegak berdiri...
aku beranikan diri ku menunggu Ikram di situ.... suara cengkerik dan
anjing tiba-tiba menjadi semakin kuat... aku tidak dapat menahan
perasaan takut ku lagi...
"woi Ikram, kau dah ke belum?"....
lalu Ikram pun menjawab "belummm..... nanti la kejap".... aku terpaksa
menantinya lagi.... tetapi lama-kelamaan, hatiku semakin runsing...
ingin rasanya aku berlari pulang ke bilik.... aku terus menengking Ikram
" woi, dah ke belum...!!!" tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang
cukup mengerikan mengilai-ngilai dari dalam tandas..."BELUUUMMMMMM....
BELUUUUMMM.... BELUUUUUMMMMMM...... HAHAHAHAAAAAAAAAAA.....!!!!" aku
jatuh tersungkur ke lantai kerana ketakutan... fikiranku bercelaru...
adakah itu ikram ataupun sesuatu telah berlaku ke atasnya.... aku panik
lalu terus bangkit dan berlari ke bilik.... aku terus berlari untuk
mendapatkan halim... ingin rasanya aku menjerit sekuat-kuatnya pada
ketika itu melihatkan sekujur tubuh yang amat ku kenali....
IKRAM.....!!!! aku tersentak... kakiku longlai.... bagaimana Ikram boleh
berada di katilnya sedangkan, sedangkan..... aku rebah dan tidak
sedarkan diri.... aku tersedar pada tengah hari esoknya.... aku
enggan memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut sehinggalah
selepas peperiksaan selesai.... dan sehingga kini, aku masih lagi takut
apabila berhadapan dengan Ikram walaupun kejadian itu telah lama
berlalu......
HANTU PEREMPUAN
Assalamualaikum....
aku ada cerita nak kongsi ngan kengkorang semua... cerita nih dialami
sendiri oleh abang angkat aku dan kawannya masa zaman sekolah dulu...
(sekarang nih aku dah blaja kat U). Dulu aku blaja silat, begitu gak
ngan abang angkat aku.. kitorang dulu sekolah asrama penuh, biasa la...
famous ngan cerita-cerita hantu. Masa tu aku form 2, abang aku form 5.
Kira senior la nih... dia la yang ganti cikgu ngajar bebudak junior
silat. Satu malam tu... masa tengah buat latihan silat.. lebih kurang
pukul 12 lebih.... dia nak buat latihan silat olahraga.. saja nak test
power. Kebetulan cikgu kitorang ada... so apa salahnya mintak tunjuk
ajar lebih sikit, lagipun kitorang ada pertandingan silat olahraga tak
lama lagi. So dia dengan kawannya pun balik la ke hostel kejap nak ambik
pad dan barang-barang lain. Masa dia balik tuh, tengah syok berborak
ngan kawan dia.. ada la sorang budak pompuan pakai baju putih tak
bertudung lalu menuju arah bertentangan.... kira macam budak ni dari
hostel la kiranya....Diorang pelik la pehal lak ada budak pompuan jalan
memalam, tak pakai tudung pulak tuh.... tau la budak sekolah sains
kan... korang pepaham je la. Bila budak pompuan tuh dah jauh sikit
diorang bercakap la pasal budak pompuan tu.. pect apa-apa pun. Then
tetiba dua-dua tersenyap... Budak pompuan yang sama lalu untuk kali
kedua dari arah hostel... terkujat diorang.... tapi diorang tak lari
mencicit la.. kira berani la jugak.. budak silat... yang part seram
sikit tuh, budak pompuan tu siap senyum pulak kat diorang, macam tau2 je
yang diorang cakap pasal budak pompuan tuh tadi. Daripada hostel tuh
diorang paksa lagi 2-3 orang kawan diorang ikut sekali gi latihan
silat. Takut jumpa lagi budak pompuan tuh gamaknya. Degar cerita yang
selalu kena kacau ngan hantu budak pompuam nih bebudak laki jek. Ntah
kenapa....
Aku pun banyak cerita hantu nak cerita kat korang
semua... nanti la...kang aku tolong collect cerita hantu yang penah
berlaku kat kengkawan aku lak.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar