. Tarik Rambut Hantu Didalam Tandas
Petir sabung-menyabung menyebabkan
aku tersedar dari tidur. Aku memandang rakan sebilik yang sedang tidur
lena. Suasana sejuk membuat aku terasa hendak buang air kecil. Kerana
tidak sampai hati hendak mengejutkan rakan yang penat bermain bola
jaring petang tadi, aku beranikan diri ke tandas seorang diri.
Dada ku berdegup kencang ketika
melangkah masuk ke bilik air. Memang tidak pernah aku ke situ seorang
diri. apatah lagi dalam hujan ribut begitu.Aku cepat-cepat membuang air
kecil dan menarik pam.
Entah kenapa tali pam tu terasa lain sekali. Ku terasa bulu roma ku meremang.
Aku memandang ke atas dan rasa hendak terkeluar jantung ku apabila
melihat bukan tali yang aku tarik tapi rambut seorang wanita hodoh yang
duduk bertenggek di atas pam sambil tersenyum menyeringai menunjukkan taringnya.
Aku
menjerit dan menerpa pintu. Apabila ku selak daun, pintu dia betul-
betul berada di hadapan ku. Matanya terjojol merah, terasa lidahnya
menyentuh muka ku.
Aku menjerit sekuat hati dan pandangan ku menjadi gelap.
Apabila ku sedar aku berada di dalam bilik. Kawan-kawan mengelilingi aku.
Menurut mereka, aku di temui pengsan di depan tandas. Aku demam seminggu .Sejak itu, aku tidak berani ke tandas seorang diri.
Taktik Baru
Kisah
benar ini berlaku pada tahun lepas. Saya seorang pemandu teksi. Pada
masa itu saya sedang membawa seorang penumpang lelaki dari Johor Bahru
melalui Jalan Bakri di Muar. Pada malam itu, keadaan cuaca memang tak
berapa baik. Ketika melalui jalan itu, berlaku pula hujan yang lebat.
Dalam pemandangan yang agak samar di luar jalan, kami terpandang seorang
wanita sedang menahan teksi ini. Sudah kebiasaan pemandu teksi
mengambil penumpang pada waktu malam, tetapi tidak semua kalau ianya di
jalan yang memang dikenali sebagai 'keras' dan inikan pula ditahan oleh
seorang perempuan! Memandangkan keadaan hujan yang lebat, saya pun rasa
kasihan lalu berhentikan kereta di tepi jalan. Perempuan tu datanglah ke
sebelah saya (bahagian pemandu), lalu saya turunkan cermin kereta.
Lepas tu saya tanya perempuan tu , nak ke mana. Perempuan tu tak
menjawab, tiba-tiba........saya baru perasan wajahnya yang sangat hodoh,
rambut panjang menggerbang, dan taringnya mula memanjang (agak-agak
dalam 15 cm) sambil darah meleleh-leleh melalui taringnya. Apa lagi,
saya pun cepat-cepatlah masuk gear satu dan jalan. Toleh ke sebelah,
mamat ni dah lama tak sedarkan diri. Moralnya yang saya dapat daripada
pengalaman ni, jangan ingat masa hujan pun takder hantu, sekarang dia
pakai taktik baru dah........
Kisah ini berlaku di kawasan jalanraya@lebuhraya di Bukit Kijal,Terengganu.
Beberapa
saksi yang pernah mengalami kejadian aneh ini telah menceritakan
tentang rombongan kahwin yang lengkap yang sering bergerak menyusuri
jalan yang dimaksudkan.Yang anehnya rombongan itu berarak pada waktu
awal2 pagi lebih kurang pukul 2-3 pagi. Apabila sudah berselisih,serta
merta terus hilang rombongan itu..apabila dilihat melalui cermin sisi
atau cermin "rearview" kereta.namun rombongan itu cuma menunjukkan diri
tanpa mengganggu.
Di
kawasan yang sama juga terdapat lembaga putih berbentuk bulat yang
sering mengekori kenderaan yang lalu lalang pada waktu lewat malam atau
awal pagi.Lembaga itu terus mengekori kenderaan untuk beberapa ketika
sebelum menghilangkan diri.
Mungkin juga kejadian2 inilah yang menyebabkan berlakunya kemalangan jika pemandu kenderaan itu panik.
KAIN PUTIH
Cerita ini
berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih
menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama
tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung
minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik
sebab sibuk menyiapkan term paper.
Jam menunjukkan pukul 2:30
pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang
sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran
kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja
studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali
ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup
semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming.
Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.
Tiba-tiba
aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku
tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya
tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat
badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi
aku tersintak apabila terdengar lolongan anjing diluar. Bulu romaku mula
berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming.
Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia
menahan nafasnya.
Dentuman
guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa
seram sejuk. Lolongan anjing diluar bertambah rancak. Hujan mula turun
dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila.
Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak
sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul
dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu
aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti
kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah
katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam
bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya
beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya
merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku
terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik
kami. Aku mendongak kesyiling. Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan
tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain
putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah
tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.
Suaraku
tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming
dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih.
Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam
hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku.
Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi
berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan
akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang
berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah
dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas
berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.
Dia
memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga
sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong
dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah
dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia
cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia
seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.
Jam menunjukkan hampir
pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid
yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun
masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang
sama
LANGSUIR
Pengalaman
ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil
diselatan tanah air. Ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM dan
bekerja sambilan sebagai kelindan lori. Aku bekerja dengan sebuah
syarikat pengangkutan yang membawa barangan kesetiap tempat di Johor
termasuklah kedaerah-daerah yang terpencil.
Pada suatu petang,
lebihkurang jam 5:30 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku
mengikut seorang pemandu lori untuk menghantar barangan kesebuah kampung
dipendalaman. Katanya barangan itu perlu dihantar hari itu juga.
Memandangkan hari sudah lewat petang, pada mulanya aku agak keberatan
kerana waktu habis bekerja sudah hampir iaitu jam 6:00. Aku diberitahu
yang gaji kami akan dibayar dua kali ganda untuk tugas yang kami
lakukan. Aku terus setuju kerana kalau balik rumah pun, tidak ada
apa-apa rancangan. Lebih baik aku bekerja, dapat juga menambah wang
saku.
Perjalanan kami ke kampung tersebut mengambil masa selama
dua jam. Kami sampai kedestinasi jam 7:30. Sayup-sayup kedengaran suara
azan Maghrib. Setelah segala urusan selesai, hari sudah mula gelap. Kami
singgah disebuah warung untuk mengisi perut. Keadaan dikampung itu agak
berlainan sedikit dari tempat-tempat ini. Disitu suasananya sunyi, cuma
sekali-sekala kelihatan motosikal lalu-lalang memecah kesunyian malam.
Warung yang kami singgah itu pun menggunakan lampu gasolin. Mungkin
bekalan elektrik belum sampai kekawasan ini, fikir hatiku. Tuan punya
warung sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Waktu menunjukkan jam
9:30.
Sewaktu membayar harga makanan, tuan punya warung, seorang
pakcik tua, menasihati kami agar berhati-hati ketika memandu diwaktu
malam kerana menurutnya dua minggu yang lepas salah seorang penduduk
kampung itu, seorang wanita yang sarat mengandung, telah terlibat dalam
kemalangan dengan sebuah lori. Keadaannya amat mengerikan. Dia telah
digilis dan diheret beberapa meter dari tempat kejadian sehinggakan
mayatnya sukar dikenali. Perasaanku bercampur ngeri dan simpati
mendengar cerita pakcik tadi.
Sebaik sahaja kami melangkah keluar
menuju ke lori, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Sipemandu
menyumpah kerana keadaan seperti itu akan menyulitkan perjalanan. Aku
cuma berdiam diri. Keadaan menjadi bertambah gelap dengan langit yang
mendung dan dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran menandakan hujan
lebat akan turun.
Kami menghadapi masalah mencari jalan keluar
kerana kami tidak biasa dengan jalan dikampung tersebut ditambah lagi
dengan cuaca yang tidak begitu baik. Kami mengambil keputusan untuk
kegerai tadi semula untuk mendapatkan bantuan, tetapi malangnya gerai
tersebut susah tutup. Kenderaan lain pun tidak kelihatan. Kami tertekad
untuk mencari jalan keluar biar pun mengambil masa yang lama. Sipemandu
tidak henti-henti menyumpah seranah dirinya sendiri kerana sanggup
melakukan tugas tersebut semata-mata inginkan bayaran gaji lebih untuk
hari itu. Aku cuma berdiam diri.
Apabila kami sampai kesuatu
kawasan dimana kelihatan sebuah rumah kayu usang yang seperti sebuah
surau, aku ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri dibawah pokok besar
yang rimbun. Hujan sudah mula lebat. Apabila kami menghampiri pokok
tersebut, kelihatan seorang perempuan berkain batik dan berbaju T lusuh
sedang mengendung bayi yang ditutupi dengan kain putih. Mungkin untuk
melindungi bayi itu dari terkena hujan. Kami berhenti untuk bertanya.
Wanita tadi cuma menundukkan mukanya. Dari gerak-gerinya, dia kelihatan
seperti seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Aku memberi salam,
tetapi tidak diendahkan. Sipemandu yang memang sudah terkenal dengan
sikap panas baran, hilang sabar. Dia terus turun dari lori dan mendekati
wanita tadi. Wanita itu masih tunduk sambil teresak-esak. Dengan suara
yang agak tinggi, sipemandu bertanya kepada wanita itu kenapa dia berada
disitu. Wanita itu terus tunduk dan teresak-esak. Oleh kerana hilang
sabar, sipemandu terus menengking sambil menghenjut bahu wanita tadi.
Kali ini wanita itu mengangkat mukanya. Jantungku serta-merta terhenti
apabila melihat wajah wanita itu. Matanya kosong, mukanya dipenuhi darah
dan luka-luka. Dengan suara yang garau dia berkata, "Kau yang membuat
aku begini." Sambil dia membuka kain putih yang menyelimuti bayinya.
Rupa-rupanya bayi itu adalah sebuah nisan kayu yang berdarah. Sipemandu
terus jatuh pengsan. Wanita tadi terus berpaling kearah aku. Aku
menggigil. Dia seperti terawang-awang dan menghampiriku. Aku terus
melompat keluar dan lari sekuat-kuat hatiku tanpa menoleh kebelakang.
Entah macam mana kakiku tersangkut akar. Aku tersungkur. Pandanganku
berpinar-pinar. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya. Aku cuma
terlentang. Dikiri-kananku kelihatan batu-batu nisan. Diatasku kelihatan
sesuatu berwarna putih terawang-awang. Aku terus tidak sedar apa yang
berlaku selepas itu.
Apabila tersedar, aku dikelilingi oleh
orang-orang kampung. Aku berada didalam surau bersama dengan sipemandu.
Keadaan diluar masih gelap. Pakcik peniaga warung pun ada disitu. Dia
menepuk bahuku, menyuruhku bangun untuk mengambil air sembahyang. Waktu
subuh dah masuk katanya. Setelah selesai berjemaah kami menceritakan
pengalaman ngeri kami kepada semua yang ada. Mereka cuma
mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita kami. Sewaktu bersarapan
diwarung pakcik tua, dia memberitahu kami kemungkinan besar kami bertemu
dengan langsuir dibawah pokok kekabu bersebelahan dengan surau.
Dibelakang pokok itu ialah tanah perkuburan dimana mayat wanita yang
terlibat dalam kemalangan tempoh hari dikebumikan.
Menurut pakcik
itu lagi, mungkin roh wanita itu tidak diterima bumi maupun langit
kerana dia telah banyak membuat dosa semasa hayatnya. Dia telah
menduakan suaminya dan anak yang dikandungi itu bukan dari suaminya.
Sewaktu malam kejadian, dia telah dihalau oleh suaminya apabila
mengetahui yang isterinya curang. Orang-orang kampung tidak pasti samada
kemalangan yang berlaku itu disengajakan oleh wanita tersebut ataupun
sebaliknya. Rohnya tidak aman.
Sebelum kami berangkat, pakcik
tersebut menunjukkan kubur wanita itu. Aku sempat menghadiahkan
alfatihah dan mendoakan semoga dosa-dosanya diampun. Sipemandu tidak
mengikut kami. Dia cuma menunggu didalam lori. Sewaktu dalam perjalanan
pulang, sipemandu melarang aku menceritakan perkara yang sebenarnya
kepada sesiapa pun apabila kami sampai ketempat kerja nanti. Aku kurang
pasti kenapa. Mungkin kerana dia malu diatas apa yang telah berlaku. Yang
pastinya aku telah memberitahu kepada semua pembaca sekelian tanpa
pengetahuan sipemandu. Semoga sama-sama kita mengambil ikhtibar.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar